Tuesday 19 February 2013

wajar atau tidak suami disisi isteri ketika bersalin


 ketika hati seorang perempuan..seteguh mana pun dia, saat dia merasakan memerlukan, dia mengharap seseorang memberi semangat kepada dia.. rasanya bersalin dulu dan sekarang banyak bezanya, kalau dulu seorang isteri bertarung seorang diri semasa bersalin, tapi sekarang seteleh dikaji dan diteliti, kehadiran suami bersama bersalin, ianya memberi kesan yang lebih baik. ini kerana, kehadiran orang tersayang dalam saat genting itu memberi harapan dalam kehidupan yang akan datang. so kat bawah aku senaraikan antara kebaikan untuk para ibu jika para suami menjadi peneman di kala para ibu menghadapi kesulitan semasa mahu bersalin.

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Namun ada juga segelintir para kaum bapa yang mempunyai perasaan takut melihat darah, Maklumlah darah semasa bersalin amat banyak sekali, tidak dinafikan ramai para bapa yang tidak boleh melihat darah. Untuk para bapa yang bersifat begitu, anda tidak perlu khuatir kerana anda masih boleh membantu meringankan beban isteri.

Para bapa masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Setakat itu sahaja info kali ini, semoga membantu para bakal ayah dan ibu khususnya kepada yang pertama kali melalui pengalaman bersalin. Ketahuilah kaum adam, kaum hawa akan merasa tenteram dan selamat jika kamu berada di sisinya tidak kira baik atau buruknya keadaan itu. Maka cubalah sebaik mungkin untuk menjaga perasaan kaum hawa semasa mereka merasa takut agar ketakutan itu hilang dari wajahnya.

tapi kepada insan yang bersalin kesorangan kamu adalah wanita hebat, mempunyai kekuatan dan mental yang tinggi seorang yang boleh memotivasikan diri sendiri, sebab tu mak- mak zaman dulu kawinnya kekal, hingga ke hujung hayatnya, walau kawin muda. dan para suami yang tidak ada disisi isteri ketika bersalin kamu adalah diantara orang orang yang rugi kerana tidak dapat merasakan bertapa indah bersama isteri bersalin. yang bersalin secara pembedahan. ku doakan kamu selamat berpantang. mungkin ada sebab dan musabab kenapa kita diberi pilihan bersalin sebegitu.. banyakkan baca surah mariam, loqman, yusuf.... selalu mohon maaf dengan pasangan dan keluarga. dan sesiapa yang sentiasa di sisi kamu..amin....

2 comments:

  1. agreed with that kind of...
    sweet husband dying on his wife
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. time kasih sudi singgah di teratak minda..
    sekiranya ada yang tidak bersetuju maafkan..
    mungkin kesilapan penulis terhadap pandangannyer...

    ReplyDelete