Wednesday 20 February 2013

kenapa blog???

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.....

Tgk tajuk atas macam tehape2 ja kan..but sebenarnya ana nak share pendapat ja, sopan sikit la ayatnya kan.  dunia blog nie bagai tidak asing lagi..ada yeng baru berjinak..ada yang lama tahu tapi buat buat tak tahu,ada yang tak tahu buat mcam tahu.. stop mariani sekarang bukan kempen makan tahu k. Oleh kerana negara kita   yang demokrasi nie, sesiapa saje boleh mengeluarkan pendapat.blog tok berkempen, blog tok cerita tentang kehidupaan, pelancongan dan tak lupa pasal dakwah.

kita sekarang sebenarnya kekurangan makanan untuk hati, bagi membentuk rohani dan jasmani yang kukuh dn berkualiti, ramai orang sekarang memuja sesuaatu yang bukan miliknya. suka memuja dan menjadikan seseorang sebgai idola. ana bukan nak kutuk or nak menyalahkn sesiapa. but ana rasa banyak anak anak remaja sekarang kurang berpengetahuan agama. Bila muncul Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Ustaz bollywood barulah ramai anak remaja suka mendengar ceramah. kita memang susah untuk membentuk seseorang , kita sering mencari kesalahan orang lain bila kita gagal sesuatu tanpa kita nilai semula diri kita. kita seboleh bolehnya nak cakap kita betol. waima kita memang salah, sebab kita lupa Allah. Ana menulis atas dasar pengalaman, but kita hidup untuk hari esok, jadi pengalaman lepas tu jadikan sempadan. seseorang pernah bertanya kepada ana, " yani kenapa kita perlu sembahyang? kte selalu dengar orang tua-tua cakap jangan tinggal solat, jangan tinggal solat, macam ada sesuatu yang tak kena.kenapa dulu diorang tak solat ke? so sekarang pesan kat kita lak supaya tak tinggal solat."  ana bukan nak jawab apa yang telah disuarakan disini. tapi ana nak bagitu, boleh kita fikir kenapa tahap ini yang harus dilalui oleh seseorang. ana tak salahkan dia sebab dia mmg tak tahu, sifat suka bertanya membuatkan dia lebih menghargi dan ingin mendekati. ana mmg agak kasar dalam berkata-kata tapi mungkin kata-kata itu dapat membantu mereka yang memerlukan. kita selalu dengar istilah anak durhaka, jarang kita dengar kalimah ibu bapa durhaka.. macam mana nak tahu ibu bapa durhaka? salah satunya ialah bila ibu bapa tidak mendidik anak dengan baik. bayangkan anak tidak memahami agama yang sekadar tertulis di ic. ibu bapa bangga memberi pesanan penaja agar anak masuk universiti dari anak berjaya menghabiskan iqra, mukadam dan Al Quran.

Inilah yang sush kita nak ubah pemikiran seseorang.  berbalik pada tajuk "kenapa blog", ana nak bagitau sebenarnya.. sesiapa saja boleh berdakwah dengan blog. bersuaralah tulislah..dengan cara itu, korang juga akan muhsabah diri sendiri. sampaikan lah walau satu ayat. terlalu byak ilmu Allah di bumi ini...nanti ana sambung k

No comments:

Post a Comment