Friday 8 March 2013

60 sebab sayang bayi

di penulis kongsi 60 sebab kenapa kita sayang bayi...

1. bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
2. Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
3. Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
4. Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun agak sumbang.
5. Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
6. Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
7. Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya.
8. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
9. Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
10. Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
11. Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
12. Anda tetap hebat di hati bayi anda!
13. Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
14. Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
15. Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
16. Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
17. Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
18. Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
19. Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
20. Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
21. Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
22. Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
23 Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
24. Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
25. Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
26. Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
27. Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
28. Jika anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
29. Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
30. Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
31. Anda sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda.
32. Comelnya kaki kecil bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
33. Tangan kecilnya juga comel!
34. Bayi adalah teman terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
35. Bayi anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
36. Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
37. Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
38. Bayi anda akan mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang hampir anda lupa.
39. Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
40. Bayi anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
41. Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
42. Anda sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut.
43. Bayi anda memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
44. Anda tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah bergelar datuk dan neneknya.
45. Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.
46. Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.
47. Gerakkan badan dan cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
48. Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
49. Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari sebelum kelahirannya.
50. Anda menjadi penenang buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan imunisasi.
51. Gelagat bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
52. Bayi anda sakit. Kekuatan supermum anda terserlah!
53. Anda menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
54. Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.
55. Wajah bayi seiras anda dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”
56. Setelah minum susu, anda akan sendawakan bayi. Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini.
57. Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
58. Anda dapat melihat kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
59. Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
60. Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.

Thursday 7 March 2013

Berselawatlah....

Kisah dibawah penulis kongsikan kepada semua untuk peringatan diri sendiri dan pembaca....
Tok ayoh baca dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh Imam Ghazali cerita bab selawat ni :

Ada seorang yg masyhur namanya Sufian Suri,sedang ia tawaf di kaabah,ada seorang pemuda ditepinya yang mana setiap langkah tawafnya disertai dengan selawat kepada Rasulullah,Sufian Suri memerhatikan pemuda tersebut,lalu ia bertanya kepada pemuda tsebut,

"Kenapa saya dengar daripada tadi lagi awak berselawat kepada Rasulullah,sedangkan Nabi SAW dah tinggalkan doa2 mathurat dalam setiap tawaf yang dikeliling sbnyk 7 kali tu".

Lalu pemuda itu bertanya,"Tuan ini siapa?",

Jawab sufian suri,"Saya sufian suri"..

Jawab pemuda " Ya Allah,nama ni memang saya kenal sangat,tapi ini kali pertama saya tengok rupa sufian suri.Tuan Sufian Suri,saya nak ceritakan kenapa saya berselawat disetiap langkahan tawaf saya ni.

Tahun lepas,saya datang mengerjakan ibadat haji dgn ayah saya.Apabila smpai disini,ayah saya sakit dan saya pangku kepala ayah saya dipeha saya sambil2 bdoa supaya ayah saya sihat namun keadaan ayah saya mkin teruk dan nazak akhirnya meninggal dunia dan serta merta muka ayah sy bertukar mjadi hitam dan saya ambil kain mnutupi muka ayah saya smbil istighfar smbil berdoa ampunilah dosa ayahku.

Dalam keadaan saya istighfar,saya terlena dan dalam tidur saya,saya ternampak seorang yang rupawan,wajah berseri2 duduk ditepi saya dan selak kain yang menutupi ayah dan menyapu 3x ke muka ayah saya dan tiba2 btukar mnjadi muka yang bseri2,lalu org tadi mnutup kmbali kain yg mnutupi muka ayah sy dan ingin berundur diri dan saya bpaut di betisnya dan bertanya,tuan ni siapa?,maka orang itu bkata,

"Sayalah Rasulullah,Rasulullah bertanya,awak nk tau kenapa ayah awk mukanya hitam?sbnrny ayah awk sorg yg fasiq minum arak,berjudi kecuali satu sahaja,lidahnya sntiasa basah berselawat kepadaku"..

Selepas dari tu,saya tsedar dari tidur dan saya mbuka kain yang menutupi muka ayah sy dan muka ayh sy talah btukar kpd bseri.. sejak dari tu,sy tidak lupa untuk berselawat kpd Rasulullah..

Maka berkata Sufian Suri,"awk telah mendapat ijazah besar dari Rasulullah sendiri,oleh itu,sy tidak akan tegur ap yg awk buat dan apa yg awk bca,tpulanglah kpd awk.."

PS : Budayakanlah berselawat ke atas Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita :

“Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

(Hadis riwayat Muslim)

- Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad -

selagi Allah Dihati tiada yang mustahil

Subhanallah..

Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH.
 
Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...

kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...

dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...
lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...

pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...

pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...

kembali menulis... sabah oh sabah

Assalamualaikum..maaf atas kesebukan yang tak dapat dielakkan..penulis mendiamkan diri seketika, menjadi kebiasaan sampai 5 HB ada kerja perlu diselesaikan. selesai semuanya penulis buat kerja yang rutin ja. kerana tiada tarikh yang dihantar, seperti pembaca tahu, penulis memang menetap disabah sekarang.dalam kekecohan berlaku sekarang nie.semua orang berjaga- jaga, langkah yang diambil semua kedai di bandar tawau nie tutup awal. termasuk shell minyak yang menghala ke perkampungan terutamanya ke kalabakan, penulis takmo nak sentuh isu-isu yang telah di bumbar gemburkan. sebab penulis tengok orang sabah tak pengaruh pun dengan apa yang disiarkan oleh pihak pembangkang maupun kerajaan, isu politik sikit pun tidak menarik perhatian mereka..kerana mereka lebih mengetahui sejarah.. lebih mengetahui tempat mereka. tidak pelik langsung apa yang berlaku. malah ada dalang mereka sendiri. penceroboh itu bukan merancang dari tahun 2011 ke 2010 ke ..sejak zaman lanun lagi rasanya.tahun 1960 +++ suka hati penuliskan...nie berdasarkan penduduk -penduduk sabah... tentera mereka akan pulang ke filipina dan latihan.dalam masa yang sana mereka menetap di sabah.. mantap kan? so tak pelikkan.. dah beranak pinak pun mereka disini.so sal ic pun korang boleh pk camner mereka ada. yang pelik diorang perjuangkan di sahabat sahaja di lahad datu. tapi di lahad datu tu lanun pun dah biasa. so kalau drive ke sana naik kereta pun seram.hehehehe...terlebih sudah bercerita apapun kisah dan kejadian pertempuran yang berlaku, bertapa dasyat kejadian di semporna. jadi berdasarkan pandangan penulis, orang nie suka mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. memanipulasi kebenaran menjadikan orang lain terpaksa menkaji sejarah...so lepas nie tak pelik buku sejarah akan berubah..so sebab tu orang tak leh lupa sejarah walau orang kata melayu mudah lupa. tp itulah kebenaranya... bila kita tak tahu sejarah..orang lain mudah menindas kita.. bila kita tak tahu apa yang berlaku disekeliling orang mudah mengambil kesempatan.jadi sebelum menerima paper perkabaran perlulah teliti dan kaji.. doakan satria kita dirahmati. moga dirahmati...al fatihah..