Thursday 14 March 2013

Anugerah Akal

Suatu kisah di mana Jibril a.s telah datang kepada Nabi Adam a.s lalu berkata: Kedatanganku kali ini membawa tiga perkara, maka pilihlah satu diantara ketiga-tiganya.
Nabi Adam a.s menjawab: apakah tiga perkara itu wahai Jibril?
Jibril a.s menjawab: pertama akal, kedua agama dan ketiga malu.
Nabi Adam a.s menjawab: pilihanku ialah akal.
Maka Jibril a.s pun berkata kepada “agama” dan “malu”:  pergilah kamu berdua kerana Adam telah memilih akal.
Kedua-duanya kemudian menjawab: kami berdua mendapat perintah untuk mendampingi akal di mana sahaja ia berada.

TEKA MENEKA...TEKI MENEKI.....

Teka-teki Imam Ghazali rah.a

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Tuesday 12 March 2013

ya badrotim...


Wahai purnama.....wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana....bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata
Engkau menyinar di alam tinggi....dia alam tinggi....
Terangi kegelapan dan kebatilan...
Dengan mu alam bergemerlapan....bergemerlapan...
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya....
Siang dan malam jua.....siang dan malam jua
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu....
Mereka yang istimewa dam amat sempurna....

Monday 11 March 2013

korang tau tak....????

tahu tak, nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.

tahu tak, nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki.

tahu tak, nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk.

tahu tak, nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah nabi, maka nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda.

tahu tak, jika andai kata setiap langkah nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh mekkah dan madinah akan dipenuhi rumput kerana nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah nabi, masih jauh seperti langit dan bumi. :(