Thursday 21 February 2013

Nasihat Loqman kepada Anaknya


Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan, banyak manusia yang karam didalamnya. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isi sampan adalah iman dan layar sampan adalah tawakal kepada Allah.

Hai anakku, orang yang merasakan dirinya hina adalah rendah diri dalam mengerjakan ibadat dan taat kepada Allah, maka dia tawaduk kepada allah, dia akan lebih dekat kepada Allahdan dia selalu berusaha menghindari maksiat mendekatinya.

Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu apabila kamu melakukan kesalahan, maka marahnya ibu bapa kamu adalah baja yang menyuburkan tanam tanaman.

Hai anakku, jauhilah berdusta kerana itu senang melakukannya. Seperti memakan daging burung,walhal dusta yang sedikit sahaja akan memberi kesan yang membahaya.

Hai anakku, makanlah  makananmu bersama orang yang bertakwa dan bermusyawarahlah dengan alim ulama dalam urusanmu dengan cara mendapatkan nasihat daripada mereka.

Hai anakku, sentiasa baiklah tutur katamu dan perhaluskan budi bahasamu serta maniskan wajahmu.

Hai anakku,berusahalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata tidak baik, kotor serta kasar kerana  dengan berdiam diri adalah lebih selamat. Jika berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan faedah bagi orang lain.

Hai anakku, janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati mu, jangan engkau berjalan tanpa tujuan tertentu, jangan engkau menanya soalan yang tidak berguna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu

Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkanlah selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjaadi pengemis yang membebankan orang lain. Bahkan jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk airnya hingga kehabisan kerana sesungguhnya apa yang engkau makan dan pakai adalah tanah belaka. Jangan engkau berkawan dengan orang yang talam dua muka, kerana dia akan membahayakanmu.

No comments:

Post a Comment