Friday 22 February 2013

Amalan dan perbuatan Ketika Mengandung


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah..

Harini kita kongsi-kongsi amalan semasa pregnent. Time pregnent adalah kenangan paling indah. Sebagai orang yang pernah merasai penulis rasa ada beberapa perkara yang menjadi kebiasaan yang perlu di ubah. Bilaeg  pregnent., isteri-isteri ramai mengambil kesempatan. mengidam itulah inilah, daging lembu, kerbau, landak, kalau yang susah sikit daging unta kot. orang tua-tua kata lau tak dapat makan nanti memeleh air liur anak. Itulah yang menakutkan. Bukan tak boleh bermanja dengan suami ketika pregnent ini, apa-apa pun boleh minta, tapi rasa lebih baik time nie kita menguji sejauh mana hati suami dihati kita. dan sejauh mana suami kita merasai perasaan kita sebagai isteri. Sepanjang penulis pregnent.penulis bersama keluarga. Mak adalah paling dekat dihati. Disebabkan pregnent. bersama mak jadi penulis tak la nak minta apa-apa. Cuma berdoa moga ada rezeki dijanjikan Allah. Percaya Allah pemberi rezeki kepada semua hambanya. Kenapa penulis kata begitu, kerana sepanjang penulis ingin sesuatu, Allah menunaikan permintaan, Sesiapa yang menunaikan adalah sebagai perantaraan. Bersyukur diberi peluang merasai. Jika apa yang di impikan tak tertunai.jangan bersangka buruk kepada Allah, Kerana Allah lebih mengetahu apa yang kita perlu dari apa yang kita kehendaki. Sebenarnya Allah akan sampaikan kepada orang sepatutnya jika ia menunaikan permintaan kita. Dalam apa - apa bentuk pun. Masa Penulis sekolah dulu, ustazah penulis pernah bercerita, "ketika dia sedang pregnent dia nak sangat makan ikan merah. dan dia berdoa kepada Allah, dan sepulang Suaminya pulang ke rumah, Suami ustazah membawa ikan Merah. " jadi nampak tak kat situ indahnya rasa.

seterusnya, bakal-bakal ibu digalakkan membaca Surah Luqman, Surah Mariam, Surah Yusuf. Rasanya ramai bakal- bakal ibu mengetahui kebaikan mengamalkan surah surah ini, untuk kebijaksanaan , kecantikan dan kekacakan dan untuk memudahkan bersalin. Jika bakal-bakal ibu ada yang tidak pandai membaca al-quran. dengarlah cd- cd surah tersebut. ada dijual kedai buku atau kedai2 jual kurma. hehehe.. melawak lak. selain tu, sekarang dah ada al-quran bahasa melayu. jadi fahami makna-makna didalam surah-surah itu. Insya'allah moga Allah memberi hidayah kepadamu mempelajari kitab yang paling mulia itu.

untuk yang tidak mengetahui, time pregnent nie lah teruji macam-macam, terlalu malas, suka tidur, rasa panas kalau boleh nak icon dalam bilik. macam-macam ada. orang selalu kata..biasalah pregnent. tapi sebenarnya benda-benda nie perlu diperbaiki, diubah. lawan perasaan jangan kerana  pregnent sifat sifat yang buruk menguasai diri sendiri. Banyakkan membuat perkara yang berfaedah. kalau yang suri rumah paling perlu berjaga-jaga kerana ada yang penulis pernah jumpa seharian tak mandi.katanya malas sangat mandi. panas macam mana pun peliharalah  aurat bakal-bakal ibu. kerana sifat kita itu akan diwarisi. untuk melahirkan generasi yang berkualiti perlulah kita mengkualitikan diri kita dahulu. Fikirkan kita nak lahirkan generasi bagaimana. Jadi bakal-bakal ibu renung renungkan. Jangan bila anak dah besar kita lak salahkan mereka. sebagai contoh anak suka bertelanjang depan orang tak mahu pakai baju. pastu kita cakap camtulah perangainya.. xnak pakai baju. pakai baju menangis, panas la itu lah.. sebenarnya kita dah didik dia sejak dari dalam perut lagi. Ini juga memberi peringatan kepada diri penulis sendiri.

Seterusnya, bakal-bakal ibu perlu set di minda ingin menyusukan anak sehingga umur 2 tahun seperti yang telah di tulis didalam surah Al Baqarah. Tanamkan dalam hati sebab ianya memberi rangsangan kepada air susu. Dan rajin urut disekitar buah dada untuk memudahkan pada hari pertama bersalin air susu dah keluar. (terbukanya ayat saya) tapi untuk membantu bakal bakal ibu yang lain penulis rasa perlu terangkan dengan jelas. tak lah nanti kena urutkah lepas bersalin, bengkak la, time tu kalian semua akan mudah menjadi stress. jadi belailah awal-awal untuk kemudahan akan datang.

Ada beberapa perkara lagi tapi rasanya sampai disini dulu tip tip ketika mengandung. Jika ada lagi akan disambung dan jika ada yang ingin menambah lagi sila-sila komen di bawah.sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kekhilafan diri sendiri..ma asalamah

No comments:

Post a Comment